Saturday 24 January 2009

Bagaimana Kamera Berfungsi....?

Bertemu kembali. Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia lensa sememangnya telah mengetahui bagaimana sesebuah kamera itu berfungsi. Tapi mereka yang baru berjinak-jinak maklumat sebegini memang berguna. Walaupun maklumat diberikan di sini terlalu ringkas, pastinya dapat membantu mereka.

Perlu diambil maklum baik kamera digital mahupun film kerja asas adalah satu dan sama. Kedua-dua jenis kamera ini menggunakan shutter, lens dan apperture. Ketiga-tiga ini amat penting dalam mengatur kemasukan masuk cahaya.Perbezaan besar adalah dari segi teknologi penangkapan imej.Kamera digital tidak menggunakan film untuk menyimpan imej. Dalam kamera digital satu penderia bayangan adalah diguna untuk menawan imej.

No comments:

Post a Comment