Saturday 24 January 2009

Bagaimana Kamera Berfungsi....?

Bertemu kembali. Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia lensa sememangnya telah mengetahui bagaimana sesebuah kamera itu berfungsi. Tapi mereka yang baru berjinak-jinak maklumat sebegini memang berguna. Walaupun maklumat diberikan di sini terlalu ringkas, pastinya dapat membantu mereka.

Perlu diambil maklum baik kamera digital mahupun film kerja asas adalah satu dan sama. Kedua-dua jenis kamera ini menggunakan shutter, lens dan apperture. Ketiga-tiga ini amat penting dalam mengatur kemasukan masuk cahaya.Perbezaan besar adalah dari segi teknologi penangkapan imej.Kamera digital tidak menggunakan film untuk menyimpan imej. Dalam kamera digital satu penderia bayangan adalah diguna untuk menawan imej.

Wednesday 21 January 2009

Mencari Kamera Digital ....?


Tidak ada siapa menolak sesuatu benda jika ditawarkan dengan harga murah. Bagaimana dengan kamera yang berharga murah? Pastinya anda tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan pada harga yang istimewa. Namun untuk mencari semua itu, kita perlu berkorban masa dengan pergi ke bandar untuk mencari kedai-kedai yang menawarkan potongan harga. Pergi dari satu kedai ke satu kedai memang meletihkan.

Mengapa tidak menggunakan kecanggihan yang ada sekarang! Ya betul! Mencari melalui internet. Hari ini dengan internet, anda dengan mudah untuk mengesan kamera-kamera digital paling murah yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh membuat tempahan kamera digital melalui internet dan tidak memerlukan anda pergi ke hulu ke hilir untuk mencarinya.

Di sini adalah senarai beberapa hal yang anda boleh cuba :-

1. QQESTORE.COM
Salah sebuah rangkaian penjualan berbagai produk termasuk digital kamera. Pilihlah mana digital kamera yang anda mahukan. Harga yang ditawarkan cukup bersesuaian. Jangan lupa , anda juga ditawarkan bayaran secara beransur melalui bank yang disenaraikan.

2.EBAY
Ebay memang dikenali sebagai satu pusat tawar menawar. Anda dapat mencari model kamera digital yang anda mahu dengan mudah dan boleh mendapatkannya melalui satu perjanjian. Masalah yang ada adalah anda tidak tahu keadaan kamera digital tersebut . Ia seperti satu petaruahan nasib. Adalah penting anda membeli daripada penjual ebay dengan satu maklum balas yang baik.

3. KAMERA DIGITAL FORUM
Cara yang terbaik juga ialah dengan melayari mana-mana forum yang berkaitan dengan kamera digital. Melalui forum, banyak maklumat berguna yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan pembelian. Memberi maklumat kepada kita, kamera yang hendak dibeli itu berbaloi dengan nilai yang kita belanjakan.

Ok! Jangan lupa hadikan tiga cara di atas sebagai jalan mudah untuk mencari kamera digital dengan harga yang menyenangkan hati. Ia juga adalah satu cara untuk mengelak berlakunya pembaziran masa anda.

Sunday 18 January 2009

Saturday 17 January 2009

Kamera Digital- Tips segala Tips


Fotografi adalah satu daripada kegiatan paling disukai di dunia. Semenjak kamera telah dicipta, fotografi telah membesar mengikut kepesatan. Dan popularitinya sedang berterusan untuk berkembang. Sekarang ini, fotografi bukan hanya satu hobi. Sebaliknya sumber penghasilan wang. Sebenarnya, beribu-ribu rakyat bergantung pada kamera dan fotografi untuk pendapatan untuk menyara hidup. Orang-orang ini adalah jurugambar-jurugambar amateur dan profesional.

Baiklah!. Supaya anda mendapat kamera digital yang anda sentiasa mahukan: kini adalah masa untuk mendapat kamera digital dan peralatan yang anda mahu dan keperluan. Jadi, apakah digital kamera dan peralatan yang paling baik untuk dipunyai?

Di sini adalah antara senarai bagi peralatan yang anda perlu bersedia dengannya, atau sekurang-kurangnya menimbangkan hal berikut:

  1. Tambahan bateri kamera digital. Apabila anda sedang bercuti, perkara yang paling dikhuatiri anda tidak mempunyai kuasa bateri yang cukup semasa dalam menikmati perjalanan anda.
  2. Pengacas bateri. Pastikan bateri anda sentiasa bercas. Jika bateri anda lemah inilah perlunya ada benda ini
  3. Memori kad yang cukup. Jangan buang masa anda dengan melakukan pemindahan setiap gambar yang diambil ke dalam komputer riba anda. Ini sudah pasti akan menganggu perjalanan anda. Jalan penyelesaian ialah dengan menyediakan kad memori tambahan.
  4. Perisian pengeditan. Adakalanya gambar yang and ambil mengalami masalah teknikal seperti mata berwarna merahm gambar yang diambil kurang cahaya, sengit dan sebagainya. Jangan bimbangan perisian yang baik dapat menyelesaikan masalah ini. Anda hanya perlu mencari web web tersebut di mana-mana kedai penjual produk secara online.
  5. Tripod. Ya sememangnya perisian boleh membantu menambah cantikkan gambar yang diambil. Namun bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan perisian seperti masalah ketidakstabilan ketika mengambil gambar. Inilah gunanya tripod. Ini membantu mengelak tangan anda bergegar ketika mengambil gambar.
  6. Monopod.Adakalanya anda menggunakan lensa-lensa bukan sahaja besar dan berat. Memang untuk memegang kamera yang dilengkai lensa yang berat amat meletihkan. Mengapa tidak cuba menggunakan peralatan ini. Sememangnya ianya amat membantu.
  7. Beg kamera. Duit anda sememangnya telah banyak dibelanjakan membeli kamera dan segala kelengkapannya. Ini adalah satu pelaburan. Adakah hendak abaikan pelaburan anda sehingga ianya menjadi rosak. Janganlah membazir. Simpanlah pelaburan anda dengan baik. Ianya sesuatu yang berharga.

Ini semuanya adalah antara peralatan bagi kamera digital yang paling penting, tetapi terdapat banyak lagi luar sana. Anda boleh membuat keputusan dalam hal ini. Banyak kedai-kedai kamera secara online dilancarkan sejak kebelakangan ini. Mengapa tidak mencubanya. Ini adalah peluang untuk anda.